Sunday, February 28, 2010

MAKLUMAT AM SBPT

PENGENALAN SKIM PINJAMAN BUKU TEKS (SPBT)
Pelaksanaan
Kementerian Pelajaran telah melaksanakan beberapa program bantuan penting antaranya
termasuklah Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT). Pada tahun 1975, program ini dilancarkan untuk
semua sekolah kerajaan dan sekolah bantuan kerajaan. Pada tahun 1983, program ini telah
diperluas ke semua Sekolah Menengah Agama Kerajaan Negeri dan Sekolah Menengah Agama
Rakyat yang berdaftar dengan Majlis / Jabatan / Yayasan Agama Islam Negeri.
Matlamat
Memastikan pelajar daripada kalangan ibu bapa atau penjaga yang kurang mampu menerima
buku teks SPBT pada minggu pertama sesi persekolahan bermula.
Objektif
1. Meringankan beban kewangan yang ditanggung oleh ibu bapa atau penjaga yang kurang
mampu.
2. Memastikan murid daripada keluarga yang kurang mampu tidak tercicir dalam persekolahan
mereka.
Fungsi
1. Melaksanakan Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT) bagi semua Sekolah Rendah, Sekolah
Menengah dan Sekolah Menengah Agama Rakyat.
2. Mengawal penggunaan buku teks.


BILIK OPERASI SKIM PINJAMAN BUKU TEKS (BOSS)
Konsep BOSS yang diperkenalkan oleh BBT ke sekolah-sekolah telah menunjukkan perubahan
dalam aspek penjagaan, penyimpanan buku teks dan juga peningkatan terhadap pengurusan
program SPBT secara menyeluruh.
Tempat simpanan buku teks SPBT yang terurus adalah salah satu aspek yang penting dalam
pengurusan SPBT di sekolah. Kewujudan BOSS ini bukan sahaja dapat memastikan buku teks
sumbangan kerajaan itu menjangkau jangka hayat yang telah ditetapkan, malah dapat
digunakan dalam tempoh masa yang lebih panjang.
Bagi menjamin penjagaan dalam keselamatan buku teks SPBT, sekolah perlulah menguruskan
BOSS dengan efisien. BOSS diwujudkan dengan konsep bilik ini digunakan sebagai tempat yang
menguruskan pelbagai urusan berkaitan SPBT. Sekolah perlu menyediakan BOSS yang
mempunyai kemudahan asas seperti berikut :
• Rak buku
• Meja dan kerusi
• Kipas
• Alat pemadam api
• Kawalan haiwan/serangga perosak
• Kabinet / almari fail
• Papan kenyataan
• Kaunter
• Peti kecemasan

No comments:

Post a Comment